Isnin, 12 Disember 2011

MENGENAL BUAH-BUAHAN (PRASEKOLAH)

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Minggu                                                            : Minggu  3
Tarikh                                                              : 16 November  2011
Hari                                                                 : Rabu
Masa                                                                : 9.15 pagi – 9.45 pagi (30 minit)
Kelas                                                               : 3 Tahun
Mata pelajaran                                                 : Bahasa Melayu
Bidang pembelajaran                                      : Gabungjalin komponen perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal dan
   komponen perkembangan fizikal, komponen sosioemosi, komponen kognitif.
Bilangan murid                                               : 25 orang
Objektif                                                           :  Untuk mengenal nama buah dan dapat menyebut nama buah.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat              : Mengenal nama buah dan dapat menyebut nama buah.
Langkah keselamatan                                      : 1)  Guru memastikan murid berada dalam keadaan baik
  2)  Guru memantau pergerakan murid-murid          
Lokasi                                                             : Di dalam kelas
Alat bantu mengajar                                        : Kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, pensil warna


Langkah-langkah pengajaran :
Masa/ langkah
Isi pengajaran
Aktiviti guru
Aktiviti murid
ABM/ catatan
Set induksi
( 2 minit)
Sesi interaksi
1.      Guru bertanya soalan.
-          Siapa suka makan buah?
-          Siapa tahu nama buah?
-          Guru menyuruh murid menyebut nama buah yang mereka kenal. 

1.      Murid menjawab soalan guru.

Perkembangan
( 25 minit)

1.      Guru menunjukkan beberapa keping kad gambar buah.
2.      Guru meminta murid meneka nama buah tersebut.
3.      Guru bertanya soalan.
-          Siapa suka makan buah ?
-          Buah ini warna apa?
-          Buah ini bentuk apa?
-          Buah ini rasa apa?
4.      Guru menyuruh murid mengeja nama buah-buah yang ditunjukkan.
5.      Guru bertanya soalan kepada murid dengan menunjukkan gambar buah betik.
6.      Guru memberitahu nama buah tersebut.
7.      Guru meminta murid menyebut berulang kali nama buah tersebut.
8.      Guru bertanya semula mengenai warna dan bentuk buah tersebut.
9.      Guru menunjukkan gambar buah tembikai.
10.  Guru meminta murid meneka nama buah tersebut.
11.  Guru bertanya soalan.
-          Siapa suka makan buah ini?
-          Buah ini warna apa?
-          Buah ini bentuk apa?
-          Buah ini rasa apa?
12.  Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk memadankan gambar dengan nama buah dengan betul.
13.  Guru bertanya soalan kepada murid.
14.  Guru meminta murid menyebut berulang kali nama buah tersebut.
15.  Guru bertanya semula mengenai warna dan bentuk buah tersebut.
16.  Murid melakukan aktviti.
-          Guru mengedarkan lembaran kerja dan pensil warna. Murid akan mewarnakan gambar buah dan menamakan buah dengan betul.

  1. Guru bersoal jawab mengenai hasil kerja murid.
1.      Murid melihat kad gambar buah yang ditunjukkan oleh guru.
2.      Murid meneka nama buah tersebut.
3.      Murid menjawab soalan.
4.      Murid menjawab soalan guru.
5.      Murid mendengar nama buah yang disebut oleh guru.
6.      Murid menyebut nama buah berulang kali.
7.      Murid menjawab soalan guru.
8.       Murid melihat gambar buah betik.
9.      Murid meneka nama buah tersebut.
10.  Murid menjawab soalan.
11.  Murid mengeja buah betik.
12.  Murid menjawab soalan guru.
13.  Murid mendengar nama buah yang disebut oleh guru.
14.  Murid menyebut nama buah tembikai berulang kali.
15.  Murid menjawab soalan guru.
16.  Murid mewarnakan gambar dan mengeja nama buah dengan betul.
17.  Murid menjawab soalan.
ABM
-          Kad gambar
-          Kad perkataan
-          Pensil warna
-          Lembaran kerja yang mengandungi gambar buah.
Penutup
( 3 minit)

1.      Guru bertanyakan semula mengenai buah yang telah diajar.
1.      Murid menjawab soalan guru.


 
CONTOH GAMBAR BUAH-BUAHAN ( UNTUK ABM )
 

Gambar Buah-buahan Tempatan

betik

ciku

durian

manggis

pisang

rambutan
CONTOH LEMBARAN KERJA










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan